sukan

Hanya Cools tidak berdepan masalah itu

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools, menjanjikan aksi lebih bertenaga dan konsisten daripada pasukannya menjelang aksi berdepan Oman bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Skuad negara sebelum ini bergelut dengan isu kecergasan ketika tewas 0-2 kepada Oman di Muscat minggu lalu.Ini gara-gara kebanyakan pemain berada dalam fasa pramusim bersama kelab masing-masing, bahkan ada yang belum menjalani sebarang latihan sebelum ke kem kebangsaan.

Bagaimanapun, Cools tidak mengalami masalah itu memandangkan dia bersama Buriram United masih beraksi dalam saingan Liga 1 Thailand.

“Saya fikir kami hanya memerlukan sesuatu yang lebih baik daripada perlawanan sebelum ini,” katanya .

“Daripada perspektif pasukan ini, perlawanan ini singkat, jadi kami perlu memberikan reaksi pantas berbanding perlawanan sebelum ini.

sumber:- SA

“Kami sepasukan tidak sabar untuk perlawanan ini, terutama dengan beraksi di laman sendiri, ia amat istimewa buat kami.
“Kami menjangkakan satu perlawanan yang baik dan harap-harap kami dapat mempamerkan aksi lebih baik berbanding perlawanan lalu,” katanya.