sukan

Naik dan turun bersama-sama — Corbin Ong

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Corbin Ong, menganggap kerjasama berpasukan merupakan kunci utama sekiranya skuad negara ingin melakar keputusan yang positif berdepan Oman di Stadium Bukit Jalil, pada Selasa depan.

Dia berasakan setiap pemain perlu mempunyai disiplin yang tinggi dengan mengikuti corak permainan dan taktikal yang bakal jurulatih terapkan pada perlawanan keempat Kumpulan D.

“Saya yakin beraksi di hadapan penyokong sendiri nanti pasti mereka mahu kami mencipta lebih banyak peluang di hadapan kotak penalti dan menjadikan perlawanan menarik.

“Saya rasa sangat penting untuk naik dan turun bersama-sama ketika berada di atas padang, jadi setiap pemain mempunyai tanggungjawab untuk menyerang dan bertahan.

“Semua pemain perlu mengikut arahan jurulatih pada hari perlawanan nanti dengan taktikal dan corak permainan yang sepatutnya ketika berada di atas padang.

sumber:- SA

“Ketika ini pemain agak kecewa selepas kekalahan tempoh hari tetapi bagi saya secara profesional akan cuba memberikan yang terbaik menjelang perlawanan akan datang nanti.” katanya.