sukan

Malaysia dinobat Juara lebih awal

Malaysia dijamin kejuaraan beregu campuran Terbuka Switzerland selepas Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai mengesahkan pertembungan final dengan rakan senegara, malam ini.

Tang Jie-Ee Wei menundukkan pemain Taiwan, Ye Hong-wei/Lee Chia-hsin 21-16, 21-12, sementara finalis tahun lalu, Soon Huat-Shevon mengukir kejayaan mengagumkan 21-18, 21-16 ke atas gandingan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek.

Tang Jie-Ee Wei terlebih dahulu menempah laluan ke final di St. Jakobshalle selepas mengatasi lawan mereka dengan persembahan serba cemerlang.

Mereka bertahan dengan baik dan mengubah banyak rali menjadi serangan balas menerusi permainan pantas mereka.Ee Wei cukup tangkap terutama daripada segi bertaan, malah mengutip mata terakhir sampai tertiarap di atas gelanggan.

Sementara itu, Tang Jie turut bersemangat apabila dia mennvariasikan pukulan dengan mencipta peluang melalui pukulan di depan jaring yang disusuli dengan rejaman yang disasarkan ke aras Chia-hsin.

Mereka akan turun sebagai pilihan apabila berdepan Soon Huat-Shevon awal pagi esok, tetapi perlu berada di tahap terbaik ketika menentang beregu profesional berkenaan yang beraksi baik sepanjang minggu ini sambil berhasrat untuk melakukan yang lebih baik daripada tahun lalu.

Gandingan nombor 14 dunia itu telah menewaskan dua lawan Eropah untuk mara ke final selain turut mengatasi beregu pilihan dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, dalam perlawanan suku akhir yang berakhir straight set.

Apa pun, Malaysia bersedia untuk meneruskan rekod cemerlangnya dalam Terbuka Switzerland setelah Pearly Tan-M.Thinaah memenangi beregu wanita pada 2021, manakala Goh Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke final beregu lelaki 2022.

sumber:_ SA

Soon Huat-Shevon hampir merangkul kejuaraan beregu campuran tahun lalu, namun tewas dalam aksi tiga set sengit menentang pemain China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin.