sukan

Kelayakan Piala Dunia : Indonesia sekali lagi lakar kemenangan

Indonesia membuktikan bahawa kejayaan menewaskan Vietnam dalam saingan peringkat kumpulan Piala Asia pada Januari lalu bukan sekadar nasib apabila sekali lagi menumbangkan pasukan gergasi ASEAN itu 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno sebentar tadi.

Dalam aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 kali ini, Egy Maulana Vikri muncul wira Sang Garuda dengan jaringan tunggalnya pada minit ke-57.

Dengan kemenangan itu, skuad Merah Putih berkenaan melonjak ke tangga kedua Kumpulan F dengan empat mata, dua mata di belakang pendahulu, Iraq, yang akan bertemu Filipina dalam satu lagi perlawanan awal pagi esok.

sumber:- SA

Sebagai rekod, Indonesia menewaskan Vietnam 1-0 dalam Piala Asia Qatar lalu hasil jaringan penalti ketua pasukan, Asnawi Mangkualam.