sukan

Bapa bekas rakan sepasukan bantu Dani Alves keluar penjara

Bekas bintang Brazil, Dani Alves dijangka keluar penjara hari ini selepas didakwa meminta bantuan bapa Neymar untuk membayar ikat jamin bernilai 1 juta euro (RM5 juta).

Alves, 40, memenangi rayuan terhadap penjara empat setengah tahun dari rumahnya sendiri – yang mana peguam mangsanya menyifatkan ia sebagai “keadilan buat orang kaya.”

Keputusan mahkamah Barcelona itu dibuat sehari selepas peguamnya meminta pembebasan pemain bola sepak itu atas alasan dia sudah menjalani satu perempat daripada hukumannya dalam tahanan praperbicaraan berikutan penahanannya pada Januari 2023.

Keputusan itu tidak sebulat suara kerana seorang daripada panel tiga hakim tidak bersetuju tetapi ia boleh dirayu semula.Peguamnya Ester Garcia mengecam keputusan itu sebagai “skandal besar.”

Beliau marah ketika bercakap di radio RAC1: “Saya amat terkejut dan sangat marah… kerana ini adalah keadilan untuk orang kaya.”

Garcia berkata: “Ini satu skandal besar kerana mereka boleh membebaskan seseorang yang mereka tahu boleh mendapatkan 1 juta euro dalam sekelip mata.”

Sumber yang rapat dengan Alves berkata mereka yakin wang jaminan yang perlu diserahkan oleh pemain bola sepak itu boleh didapati hari ini.

Namun Alves dikatakan meminta pertolongan bapa Neymar untuk menyediakan wang sebanyak itu, lapor LaVanguardia.

sumber:- BH

Menurut sumber rapat kepada pemain itu, ia juga langkah sama seperti yang diambilnya untuk membayar pampasan 150,000 euro (kira-kira RM772,000) kepada mangsanya. – AGENSI