sukan

“Ini satu penyakit “

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, meluahkan kebimbangan mengenai kemelut kewangan yang masih membelenggu kelab-kelab Liga Malaysia (Liga-M).

Beliau berkata, masalah tersebut jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh menarik perhatian dan tindakan denda oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada masa depan.

“Ini satu penyakit yang perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh.”Sejak empat tahun lalu, banyak kelab yang telah kita singkirkan seperti Perlis dan Melaka.

“Masalah tidak membayar gaji pemain ini merupakan tindakan yang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA paling tidak suka berbanding kesalahan yang lain yang masih boleh dibincangkan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai masalah kewangan yang dihadapi Kuala Lumpur (KL) City FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) biarpun saingan Liga Super 2024/25 dijadual bermula Mei depan.

Isu tersebut dilihat tiada noktah dengan kelab-kelab berkenaan tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku ke atas Perlis dan Melaka United FC.

Hamidin risau sekiranya situasi berkenaan berterusan, KL City dan KDA berpotensi dikenakan tindakan daripada FIFA termasuk sekatan perpindahan.

“Perkara sebegini tak berlaku dulu, 20 hingga 30 tahun lepas ketika zaman saya bersama Selangor.”Apa yang hairannya ialah benda ini terjadi sejak tiga atau empat tahun lalu.

“Apabila Melaka (United) dan Perlis kena (disingkir daripada Liga Super) ia seolah-olah tak diendahkan (masih berlaku). Itu yang saya hairan,” katanya.

Beliau menjelaskan, FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak berkompromi dengan isu berkenaan dan tindakan tegas bakal diambil.

sumber:- SA

“Saya yakin pihak penganjur MFL sedang berbincang untuk mengambil tindakan yang tegas.“Apabila ada yang kata MFL dan FAM tak ambil tanggungjawab, kami sudah ambil tindakan. Banyak kelab telah kami singkirkan.“Tapi yang menjadi kerisauan ialah makin banyak pula kelab yang bermasalah,” katanya.