sukan

Info Siaran langsung Oman vs Malaysia

Sidang media perlawanan Oman menentang Malaysia bakal berlangsung pada Rabu, 20 Mac jam 8.00 malam dalam Nadi Arena yang mula bersiaran pukul 7.30 malam.

Menjelang pertemuan Oman dan Malaysia pada awal pagi 22 Mac nanti, kedua-dua pasukan bakal mengadakan sidang media yang akan disiarkan secara langsung di Astro Arena 801HD.

Perlawanan antara Oman dan Malaysia anda boleh saksikan secara langsung di Astro Arena 801HD pada Jumaat nanti jam 2.00 pagi.Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga menyediakan tayangan skrin besar di seluruh negara dengan antaranya Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan Dataran Kemerdekaan Shah Alam sudah pasti akan menjadi destinasi tumpuan.

Malaysia kini menghuni kedudukan tertinggi kumpulan D bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas mengharungi dua perlawanan pertama dengan kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.

Selepas perlawanan pada 22 Mac nanti, aksi keempat kumpulan akan menyaksikan Oman berkunjung ke Stadium Bukit Jalil pula pada 26 Mac, selasa depan.

sumber:- SA

Untuk rekod, dua kedudukan teratas kumpulan bakal mengesahkan slot di pentas Piala Asia 2027 serta layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.