Barisan pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) perlu berkorban dengan melupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri demi memastikan pasukan berada dalam prestasi terbaik bagi mengharungi saingan Piala Asia B-23, bulan depan.
Penyerang muda negara Muhammad Haqimi Azim Rosli berkata, walaupun perkara terbabit boleh dikatakan agak sukar namun barisan pemain B-23 perlu berkorban demi meraih keputusan positif di pentas Asia itu.
“Ia sangat sukar bagi pemain-pemain bola sepak di Malaysia.Kita nak hadapi kejohanan ini (Piala AFC Bawah-23) di perantauan ketika yang lain masih lagi menyambut perayaan di Malaysia.
“Nak buat macam mana, ini lah realiti kami, kami pilih jalan ini, kami sanggup buat apa sahaja apa sahaja untuk negara,” katanya pada hari pertama latihan skuad B-23 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.
Tersenarai dalam panggilan skuad kebangsaan sebelum ini, Haqimi dapat peluang untuk mempersiapkan diri dengan berlatih bersama skuad senior selama seminggu sebelum dipanggil untuk skuad B-23.
“Persiapan saya dengan skuad kebangsaan minggu lepas memberi saya peluang untuk belajar benda baharu terutama sekali benda yang jurulatih Kim (Kim Pan-gon) ajar kepada saya.
“Kalau ada rezeki saya pergi ke Doha, saya akan guna pakai segala pembelajaran yang saya peroleh bersama skuad senior untuk membantu skuad Bawah-23 Tahun kali ini.
“Peluang kesebelasan utama tu terserah kepada coach (Juan Torres Garrido) untuk memilih. Jika terpilih dalam kesebelasan utama, saya akan berikan yang terbaik,” katanya.
sumber:- HM
Mengikut rekod, skuad negara bakal mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan untuk memantapkan skuad sebelum kejohanan Piala AFC bawah-23 bermula pada April di Doha, Qatar.
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More
Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana… Read More