sukan

JDT beri status legenda kepada dua bekas pemain

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memberikan status legenda kepada dua bekas pemainnya, S Kunanlan dan Leandro Velazquez.

JDT dalam kenyataan menjelaskan dua pemain setia itu layak menyandang status legenda kelab selepas bertahun-tahun berkhidmat kepada Harimau Selatan.

Leandro menjaringkan gol kemenangan JDT ketika Piala AFC 2015 dalam aksi pertamanya dan menjadi watak penting kepada barisan pemain selepas menyertai semula kelab pada 2019 yang mana dia memenangi 14 lagi trofi.

Dia juga adalah sebahagian daripada skuad yang menjadi pasukan Malaysia pertama mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 2022.

“Kunanlan menyertai JDT pada 2014 dan memenangi sejumlah 25 trofi, sekali gus menjadikan dirinya antara pemain bola sepak yang mempunyai paling banyak trofi dalam sejarah bola sepak Malaysia. Komitmen dan konsistensi dia tiada taranya.

sumber:- BH

“Kedua-dua pemain ini tidak lagi sebahagian daripada skuad Harimau Selatan musim 2024-25 tetapi kenangan kekal selama-lamanya. Terima kasih, legenda JDT!,” kata kelab itu.