sukan

Kim Pan-gon lihat bakat baru

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, optimis beberapa muka baru yang dipanggilnya ke kem latihan pusat kali ini adalah untuk memberi saingan di antara para pemain sebelum membawa 25 pemain dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, minggu depan.

Bagaimanapun, dijangkakan beberapa muka baru bakal menyertai barisan pemain negara untuk aksi berdepan Oman, di Sultan Qaboos Sport Complex, Muscat pada 21 Mac sebelum aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 26 Mac nanti.

“Kami menyediakan pasukan dengan tektikal dan strategi sebelum bertemu Oman nanti maka kami membuat keputusan untuk memanggil ramai pemain muda untuk melihat beberapa bakat baru.

sumber:- SA

“Kami mahu melihat persaingan di dalam kem latihan ini sebelum mengurangkan pasukan menjadi 25 pemain sahaja untuk dibawa bertemu Oman nanti.”