sukan

Khuzaimi Piee sahkan status dirinya

Pemain pertahanan Selangor, Ahmad Khuzaimi Piee , mengesahkan bahawa dirinya masih lagi memegang status sebagai pemain The Red Giants, walaupun banyak spekulasi berkenaan spekulasi berkenaan dirinya yang akan dipinjamkan.

Sebelum ini Penang, muncul antara pasukan yang mencuba untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 30 tahun itu secara pinjaman tetapi difahamkan gagal berikutan kedua-dua pihak pengurusan gagal mencapai kata putus yang terbaik buat pemain itu.

Pemain Harimau Malaya itu berharap musim 2024 mampu menjadi sinar baru buat dirinya untuk menyumbangkan sesuatu bersama juara 33 kali Piala Malaysia itu walaupun musim lalu dia masih bergelut untuk merebut minit permainan.

“Saya tidak mahu banyak berfikir berkenaan spekulasi itu kerana buat masa ini saya masih lagi pemain Selangor.
“Sekiranya mana-mana pemain yang dipilih untuk turun beraksi nanti perlu mempunyai tanggungjawab untuk membantu jurulatih baru.

sumber:- SA

“Tidak kira siapa pun yang dipilih untuk beraksi dalam kesebelasan utama kerana semua pemain mempunyai kualiti tersendiri.”