sukan

Klopp yakin pengadil lakukan kesilapan aksi berdepan Manchester City

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yakin pasukannya dinafikan penalti kedua ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City di Anfield.

Selepas meledak gol penyamaan menerusi sepakan penalti Alexis Mac Allister di awal babak kedua, Klopp yakin pasukannya layak mendapat sepakan penalti kedua apabila kaki Jeremy Doku terkena dada pemain Argentina berkenaan dalam masa kecederaan.

“Terkena dadanya. Adakah dia menyentuh bola sebelum itu? Iya. Adakah ia membawa perbezaan, di mana-mana di atas padang, jika kaki naik tinggi begitu?

“Anda boleh menendang bola sebelum itu, tetapi apabila kaki di sini (Klopp menunjukkan ke arah dadanya) dan anda terlepas,” kata Klopp.

John Stones membuka jaringan untuk Manchester City pada minit ke-23 sebelum Mac Allister menyamakan kedudukan di awal babak kedua.

Keputusan seri itu mengekalkan Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris berdasarkan perbezaan jaringan ke atas Liverpool, manakala Man City di tangga ketiga dengan hanya satu mata berbeza.

sumber:- BH

Pengadil bagaimanapun tidak menganggap kekasaran Doku sebagai kesalahan penalti dan VAR juga tidak campur tangan untuk mengesahkan keputusan berkenaan. – REUTERS