sukan

Mukhairi enggan lepas peluang keemasan

Pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal tidak mahu mensia-siakan peluang panggilan sertai skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat, Oman.

Ini kerana, berdasarkan perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menerusi aplikasi X, Mukhairi berkongsi sudah tiba masanya untuk beralih fokus terhadap memberikan aksi cemerlang bersama skuad senior memandangkan usianya sudah berada pada fasa peralihan dari skuad muda ke senior.

“Alhamdulillah sebab dapat kembali bersama skuad kebangsaan.”Ini peluang untuk saya, sebab semua orang tahu umur saya pun dah 23 tahun.

sumber:- SA

“Ini memberikan cabaran baru buat saya, saya harap saya dapat berikan yang terbaik,”kata Mukhairi.