sukan

Bruno Fernandes lonjak Manchester United

Bruno Fernandes dan Marcus Rashford masing-masing menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan Manchester United kemenangan 2-0 ke atas Everton, hari ini.

Ia adalah kemenangan pertama United di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tiga perlawanan sekali gus pasti akan melonjakkan semangat mereka untuk bersaing merebut kelompok empat teratas.

Pasukan kendalian Erik ten Hag kekal di tempat keenam namun dengan 47 mata, masih sukar untuk memintas Aston Villa yang menduduki tangga keempat dengan 55 mata dan kurang satu perlawanan berbanding United.

Tottenham di tangga kelima, yang melayan kunjungan Villa esok, mengumpul 50 mata dan kurang beraksi dua perlawanan.Everton di bawah bimbingan Sean Dyche berada di tempat ke-16 dengan 25 mata, lima mata di atas zon penyingkiran.

sumber:- HM

Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pertama pada minit ke-12 dan kapten United itu kemudian menyerahkan bola kepada Rashford untuk gol kedua pasukan pada minit ke-36.