sukan

Selangor FC sambil menyelam minum air di Thailand

Pemangku jurulatih sementara Selangor FC, Nidzam Jamil, pasti mempunyai strategi yang tersendiri untuk mengecilkan jurang keserasian antara pemain baru dan lama dalam pasukannya musim ini.

Skuad Gergasi Merah yang sedang menjalani persiapan pra-musim di Bangkok, Thailand dilihat tidak memberikan fokus terhadap latihan semata-mata tetapi juga bagi merapatkan hubungan para pemain.

Selain menjalani latihan secara intensif dan perlawanan persahabatan sebagai persediaan menjelang saingan Liga Super Malaysia (MFL) musim 2024-2025, keluarga Selangor juga menghabiskan masa dengan aktiviti karaoke dan barbeku bersama-sama.

sumber:- SA

Keserasian antara para pemain semestinya menjadi kunci utama buat Selangor yang akan beraksi di Piala Juara-Juara II (ACL2), selepas kali terakhir bermain di pentas Asia, lapan tahun lalu.