Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin melakar penampilan pertama di bumi Jepun selepas diturunkan pada aksi Piala Levain, sebentar tadi.
Penyerang yang dipinjamkan dari Kortrijk itu diturunkan YSCC Yokohama pada minit ke-77 menentang Mito Hollyhock bagi pusingan pertama Piala Levain.
Pada aksi di Stadium Nippatsu Mitsuzawa itu, YSCC Yokohama melakar kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Koki Matsumura pada minit ke-67.
Meskipun YSCC Yokohama beraksi dengan 10 pemain selepas Yutaro Yanagi dilayangkan kad merah pada minit ke-79 namun mereka berjaya mengekalkan kelebihan satu gol hingga tamat perlawanan.
Terdahulu, Luqman Hakim Shamsudin menukar ‘angin’ ke bumi Asia apabila secara rasminya menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC bagi musim 2024/25.
sumber:- BH
Pemain berusia 22 tahun itu yang berkelana ke Eropah sejak 2020 memilih untuk meneruskan kariernya ke kelab Jepun dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti permainan.