sukan

Faktor utama pilih Kedah

Pemain sayap Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad mahu kembali meningkatkan semula namanya di persada Liga Malaysia (Liga M) bersama Sang Kenari, musim ini.

Syafiq yang dipinjamkan sekali lagi oleh Johor Darul Ta’zim FC (JDT) ke KDA FC pada musim ini memasang impian tinggi untuk meraih minit permainan dan cemerlang di bawah kendalian ketua jurulatih, Nafuzi Zain.

Saya gembira kembali ke pasukan yang pernah menaikkan nama saya dan akan berusaha mencapai kecemerlangan bersama Kedah.

sumber:- HM

“Kedah memiliki penyokong cukup ramai dan kami berazam menaikkan semula nama Kedah supaya kembali digeruni,” katanya.Sementara itu, pemain pertahanan, Irfan Zakaria yang pernah menyertai Kedah pada musim 2020, berkata minit permainan turut menjadi sasaran penting dalam mengejar impiannya.