sukan

Sah pasukan baharu Syafiq Ahmad

Syafiq Ahmad kembali ke pangkuan Kedah Darul Aman buat sekian kalinya menerusi pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Penyerang berusia 28 tahun itu sah menyertai Sang Kenari dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelab berkenaan sebentar tadi.

Syafiq mengukuhkan namanya sebagai pemain Kedah dari 2012 hingga 2017 sebelum memilih untuk berkelana ke JDT.

Dua musim lalu, dia sempat dipinjamkan semula ke pasukan remajanya itu dalam tempoh singkat pada 2022 sementara musim lalu, dia hanya sempat beraksi dalam tujuh perlawanan Liga Super sambil dua gol disumbangkan dalam Piala Malaysia ketika Harimau Selatan mengulangi kejayaan ‘quadruple’.

sumber:- SA

Terima kasih Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas perkenan tuanku.