sukan

Pengganti Habib Haroon bukan calang-calang

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, kelihatan akan mengekalkan DNA Croatia dalam pasukan itu apabila membawa masuk pemain tengah baru, Marin Pilj, untuk menggantikan bekas ketua pasukan, Habib Haroon, bagi saingan musim ini.

Pilj, yang sebelum ini beraksi bersama kelab liga utama Croatia, NK Varazdin, dijangka melengkapkan perpindahan ke Terengganu dalam waktu terdekat, sekali gus menjadi pemain kedua dari negara itu selepas Ivan Mamut.

“Kedua-dua mereka merupakan pemain yang amat bagus. Kita sedia maklum apa yang telah dilakukan Ivan buat kami musim lalu, banyak gol penting dijaringkannya,” kata Steinbruckner.

“Pada awal musim, dia tidak kelihatan terlalu bagus tetapi hari demi hari, dia semakin bagus.”Saya tidak boleh beri jaminan kepada mana-mana pemain untuk berada dalam kesebelasan utama. Mereka perlu layak berada di sana.

“Musim lalu, kami menghadapi banyak kejohanan dan ada ketika ramai pemain mengalami masalah dan terpaksa direhatkan.”Apabila setiap posisi memiliki pemain tetap, dan ada pemain bagus yang boleh mengambil tempat mereka, mereka akan bermain dengan lebih bagus dan tidak berasa selesa dalam setiap latihan.

sumber:- SA

“Itulah yang kami sasarkan, di mana ada dua pemain yang bagus dalam setiap posisi dan mereka perlu berebut posisi dalam pasukan. Harap-harap ia akan meningkatkan pasukan kami,” katanya.