Sama seperti pemain senior mereka bersiap sedia untuk berentap dalam jelajah Eropah akan datang, beregu remaja Malaysia, Aaron Tai-Kang Khai Xing, cemerlang merangkul kejuaraan Antarabangsa Remaja Belanda, awal pagi tadi.
Aaron-Khai Xing yang merupakan pilihan utama mempamerkan aksi sensasi untuk menumbangkan wakil China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 21-18, 21-19 untuk mencetak gelaran pertama mereka tahun ini.
Kejayaan dalam perlawanan akhir di Haarlem itu juga bermakna mereka mengikut jejak langkah Chua Khek Wei-Woon Mun Choon yang muncul juara pada 2013.
Aaron-Khai Xing, mempamerkan kemajuan sejak mereka mula bergandingan untuk memenangi acara Kejohanan Kebangsaan B-18, Ogos lalu.
sumber:- SA
Selain mereka, Malaysia turut menamatkan saingan dengan dua wakil mara ke separuh akhir.Faiq Haziq-Lok Hong Quan dan Siti Zulaikha Azmi mara babak empat terbaik beregu lelaki dan perseorangan wanita, namun disekat oleh pencabar dari China menerusi kekalahan straight set.Kontinjen elit Malaysia pula akan bersiap sedi