sukan

‘Gol Faisal Halim boleh cipta lagi satu sejarah’

Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri tidak menolak kemungkinan jaringan pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim mampu mencipta satu lagi sejarah untuk merangkul Anugerah Puskas FIFA buat kali kedua.

Pemain berusia 36 tahun itu menyifatkan jaringan Faisal yang dinobatkan sebagai Jaringan Terbaik Piala Asia 2023 menepati kriteria yang ditetapkan badan induk itu sekali gus berpeluang untuk dicalonkan bagi merebut anugerah berprestij terbabit.

“Kalau kita lihat jaringan Faisal, kita boleh lihat gerakannya, gelecekannya dan juga kepintarannya (dalam menghasilkan gol). Kita pun tahu bahawa Anugerah Puskas FIFA ini adalah untuk jaringan yang tercantik.

“Kita lihat pun bagi edisi 2020, Son Heung Min menang dengan gerakan daripada tengah padang. Jadi tak mustahil Faisal pun mampu juga (menang Anugerah Puskas FIFA),” katanya.

Terdahulu, pemain berusia 26 tahun itu meledak jaringan menarik selepas berjaya memperdaya pemain Korea Selatan yang dilabel antara pertahanan tengah terbaik dunia yang juga pertahanan terbaik Serie A 2022-23, Kim Min Jae di Stadium Al Janoub, 25 Januari lalu.

Faisal yang lebih dikenali sebagai Mickey menyambar bola sebelum memperdaya pertahanan Bayern Munich itu dan juga penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo yang ‘terduduk’ sebelum meledak gol pertama Malaysia.

Jaringan itu menjadi pilihan penyokong di laman media sosial apabila mendapat 85 peratus undian dan kemenangan itu sememangnya sudah dijangka memandangkan jaringan itu mendahului undian sejak awal undian dibuka.

Sebagai rekod, FIFA menetapkan beberapa kriteria bagi anugerah Puskas terbabit antaranya ia adalah jaringan yang benar-benar cantik termasuklah jaringan jarak jauh, jaringan berpasukan, rabona, sepakan gunting dan jaringan individu namun tertakluk kepada undian dan penilaian pakar.

Jaringan itu juga perlu dianugerahkan tanpa perbezaan mengenai kejohanan, jantina ataupun kewarganegaraan dan bukannya terhasil daripada tuah, kesilapan ataupun biasan pemain lain ataupun pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.

sumber: Terdahulu, pemain berusia 26 tahun itu meledak jaringan menarik selepas berjaya memperdaya pemain Korea Selatan yang dilabel antara pertahanan tengah terbaik dunia yang juga pertahanan terbaik Serie A 2022-23, Kim Min Jae di Stadium Al Janoub, 25 Januari lalu.

Faisal yang lebih dikenali sebagai Mickey menyambar bola sebelum memperdaya pertahanan Bayern Munich itu dan juga penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo yang ‘terduduk’ sebelum meledak gol pertama Malaysia.

Jaringan itu menjadi pilihan penyokong di laman media sosial apabila mendapat 85 peratus undian dan kemenangan itu sememangnya sudah dijangka memandangkan jaringan itu mendahului undian sejak awal undian dibuka.

Sebagai rekod, FIFA menetapkan beberapa kriteria bagi anugerah Puskas terbabit antaranya ia adalah jaringan yang benar-benar cantik termasuklah jaringan jarak jauh, jaringan berpasukan, rabona, sepakan gunting dan jaringan individu namun tertakluk kepada undian dan penilaian pakar.

Jaringan itu juga perlu dianugerahkan tanpa perbezaan mengenai kejohanan, jantina ataupun kewarganegaraan dan bukannya terhasil daripada tuah, kesilapan ataupun biasan pemain lain ataupun pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.

Ia juga perlu menyokong permainan bersih (fair play) contohnya pemain tidak bertindak keterlaluan dalam perlawanan ataupun pernah terbabit dengan isu doping.

sumber:- BH

Ia juga perlu menyokong permainan bersih (fair play) contohnya pemain tidak bertindak keterlaluan dalam perlawanan ataupun pernah terbabit dengan isu doping.