Chelsea memecahkan rekod yang cuba dielak, apabila tewas pada final Piala Liga – sekali gus membuktikan kritikan Gary Neville adalah tepat.
The Blues mensia-siakan beberapa peluang ketika tewas 1-0 kepada Liverpool yang beraksi tanpa tonggak-tonggak utamanya di Wembley.
Virgil van Dijk menjaringkan gol pada minit ke-118 untuk memberikan kemenangan buat skuad kendalian Jurgen Klopp.
“Dalam masa tambahan ia adalah pertembungan antara pemain muda Klopp menentang skuad bernilai berbilion pound.”Liverpool cukup sensasi. Pemain-pemain muda mereka sangat hebat, Klopp pasti bangga. Bagaimanapun untuk Chelsea, saya langsung tidak bersimpati terhadap mereka.
“Pemain-pemain Mauricio Pochettino tampil hambar, di depan mata kita dan penyokong mereka,” kata Neville.
Chelsea kini mencipta rekod baharu untuk kekalahan berturut-turut paling banyak dalam final kejuaraan domestik.
Mereka tewas enam kali berturut-turut dalam penentuan kejuaraan Piala FA dan Piala Liga sejak tahun 2019.
Pada tahun itu, Chelsea kendalian Maurizio Sarri tewas menerusi penentuan penalti kepada Manchester City selepas terikat 0-0.
Tahun berikutnya, di bawah kendalian Frank Lampard, Chelsea tewas 2-1 kepada Arsenal pada final Piala FA, walaupun mendahului di minit kelima permainan.
Pada tahun 2021, Chelsea yang dibimbing Thomas Tuchel tewas 1-0 di tangan Leicester dalam aksi final Piala FA – dua minggu sebelum memenangi Liga Juara-Juara Eropah.
Setahun kemudian, Chelsea tewas lagi dalam aksi final Piala Liga di tangan Liverpool, diikuti kekalahan final Piala FA.
sumber:- BH
Kekalahan semalam adalah yang ketiga berturut-turut dalam final kejuaraan domestik kepada Liverpool. – AGENSI