sukan

Pemain Bola Sepak koma

Penyerang Honduras, Alberth Elis terus dipantau di hospital selepas berada dalam keadaan koma berikutan kecederaan serius di kepala semasa perlawanan Ligue 2 antara Bordeaux menentang Guingamp.

Pemain berusia 28 tahun itu berjaya menjalani pembedahan semalam selepas diletakkan dalam keadaan koma, menurut akhbar di Perancis dan Honduras.

Bordeaux belum mengesahkan maklumat berkenaan, kerana ia adalah laporan sulit perubatan.

Elis pengsan selepas 40 saat permainan apabila berlanggar di bahagian kepala dengan pertahanan Guingamp, Donatien Gomis ketika cuba merebut hantaran lintang.

Walaupun Gomis cepat pulih, Elis dirawat selama beberapa minit sebelum dikejarkan ke hospital.

Elis, yang digelar ‘La Panterita’ (‘Little Panther’), mencipta namanya bersama Houston dalam MLS sebelum berpindah ke Eropah pada 2020 apabila dia menyertai kelab Portugal, Boavista.

Dia berpindah ke Bordeaux pada 2021.