sukan

Khuzaimi Piee buat pusingan U

Pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee yang sebelum ini dikaitkan dengan pasukan utara tanah air, Penang FC dikhabarkan akan kekal bersama skuad The Red Giants bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025.

Rundingan Penang dengan Selangor untuk pinjam Khuzaimi Piee difahamkan gagal, pertahanan Harimau Malaya itu kekal bersama Red Giants, setakat ini.

Menurut hantaran dari aplikasi X milik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, rundingan pihak pengurusan Penang FC difahamkan gagal untuk mendapatkan Khuzaimi Piee secara pinjaman.

sumber:- SA

Khuzaimi yang sebelum ini, hanya membuat sebanyak 15 penampilan sepanjang berkhidmat bersama Selangor FC sebelum dirampas pemain import, Yazan Al-Arab dan Sharul Nazeem.