Pemain sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim berpeluang cerah untuk merangkul anugerah gol terbaik kejohanan Piala Asia yang berlangsung di Qatar baru-baru ini.
Hal ini kerana, berdasarkan semakan Arena Metro sehingga jam 1 petang tadi mendapati Faisal yang mesra di panggil Mickey kini jauh meninggalkan nama besar lain yang turut tercalon dalam anugerah terbabit.
Ketika ini, Faisal yang juga pemain Selangor FC memperoleh 62 peratus undian iaitu jauh meninggalkan calon lain seperti pemain Jordan, Mousa Al Tamari (27 peratus), tonggak Korea Selatan, Son Heung-min (6 peratus) dan bintang Iran Sardar Azmoun (4 peratus).
Pemain lain seperti Keito Nakamura (Jepun), Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi), Hassan Al Haydos (Qatar) dan pemain Thailand, Supachok Sarachat sehingga kini belum lagi mendapat sebarang undian.
Mengikut rekod, pemain berusia 26 tahun itu meledak jaringan menarik selepas berjaya memperdaya pemain Korea Selatan yang dilabel antara pertahanan tengah terbaik dunia yang juga pertahanan terbaik Serie A 2022/23, Kim Min Jae di Stadium Al Janoub, 25 Januari lalu.
Dia menyambar bola sebelum memperdaya pertahanan Bayern Munich itu dan juga penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo yang ‘terduduk’ sebelum meledak gol pertama Malaysia.
Aksi berdepan Korea Selatan menjadi tumpuan dengan Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan di ranking 22 dunia itu 3-3 selepas tewas dalam dua aksi awal kepada Jordan dan Bahrain.
Sebanyak 132 gol dihasilkan dalam 51 perlawanan sepanjang Piala Asia 2023 membabitkan aksi peringkat kumpulan hingga ke final.
Orang ramai boleh menghantar undian masing-masing pada laman sesawang https://www.the-afc.com dan tarikh tutup adalah pada Ahad ini.
Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More
Skuad Harimau Malaya tidak boleh terlalu selesa meskipun memiliki peluang cerah untuk meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027… Read More
Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More
Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More
Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More
PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More