sukan

Sikh Izhan sah angkat kaki

Negeri Sembilan FC (NSFC) kehilangan khidmat Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, apabila penjaga gol muda itu bakal beraksi bersama Penang FC pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Pemain berusia 21 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu sebelum ini dipinjamkan daripada Selangor FC dan berjaya membantu Negeri Sembilan menamatkan saingan Liga Super di tangga kesembilan.

Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus, mengesahkan Sikh Izhan Nazrel tidak lagi bersama skuad Hobin Jang Hobin bagi menghadapi kempen Liga M musim ini.

“Sikh Izhan Nazrel berpindah ke Penang secara pinjaman dari Selangor. Dia seorang penjaga gol yang baik. Kelab mengucapkan terima kasih kepadanya atas sumbangan yang telah diberikan kepada Negeri Sembilan.

“Justeru itu kita akan mencari pemain lain bagi menggantikan tempat beliau,” katanya di sini, hari ini.

Sepanjang bersama Negeri Sembilan, Sikh Izhan menggalas tugas selaku penjaga gol utama dan diturunkan hampir kesemua perlawanan yang dilalui pasukan itu kecuali beberapa perlawanan yang digalas Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil.

sumber:- HM

NSFC yang sedang dalam persiapan membentuk pasukan baharu dan mantap setakat ini sudah mengekalkan lima pemain tempatan iaitu Zainal Abidin Jamil, Izzudin Roslan, N Javabilarivin, R Aroon Kumar dan ketua pasukan, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak.

Recent Posts

Ronaldo hantar jersi beserta mesej ‘mendalam’ kepada Presiden Trump!Ronaldo hantar jersi beserta mesej ‘mendalam’ kepada Presiden Trump!
  • sukan

Ronaldo hantar jersi beserta mesej ‘mendalam’ kepada Presiden Trump!

Bintang ternama bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, akhirnya menggunakan pengaruh yang dimilikinya itu untuk menghantar mesej yang jelas kepada Presiden… Read More

5 minutes ago
TERKINI : JDT umum kejutan lepas 11 pemain bintangTERKINI : JDT umum kejutan lepas 11 pemain bintang
  • sukan

TERKINI : JDT umum kejutan lepas 11 pemain bintang

Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), melepaskan 11 pemain serentak, sekali gus tidak berada dalam senarai… Read More

2 hours ago
  • sukan

Jurulatih Vietnam buka mulut lagi , perlekeh Malaysia

JAKARTA, 17 Jun – Usai tewas kepada Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia bulan lalu, kini Kim Sang-sik beralih tumpuan… Read More

3 hours ago
  • sukan

Futsal Indonesia dicemari aksi kung fu

GARUT, 17 Jun – Pasukan futsal tempatan, Pusaka, dilaporkan bakal menghantar aduan rasmi kepada pihak penganjur berhubung insiden yang melibatkan… Read More

3 hours ago
  • sukan

Siapa sangka JDT ada 2 Arif Aiman

Nama sama tapi bukan dia, Johor Darul Ta'zim (JDT) ada dua Arif Aiman! Satu situasi yang cukup unik dan jarang… Read More

4 hours ago
  • sukan

Terpanggil betulkan sentimen, Vietnam pertahan Harimau Malaya

Bola sepak Vietnam juga memerlukan perubahan, selaras dengan pendekatan yang digunakan pasukan berstatus gergasi dunia. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan… Read More

6 hours ago