Kylian Mbappe bersetuju bayaran gajinya dikurangkan dengan ketara untuk menyertai Real Madrid pada musim panas akan datang.
Pemain berusia 25 tahun itu, yang menerima gaji bersih 25 juta euro (RM129.8 juta) di Paris, akan menerima 15 juta euro (RM77.8 juta) semusim di Madrid, namun masih menjadi pemain dengan gaji paling mahal di kelab itu di sebalik jumlah potongan yang besar.
Mbappe sudah bersetuju dengan terma peribadi bersama kelab Sepanyol itu sekalipun Paris Saint-Germain mahupun Madrid tidak akan membuat kenyataan rasmi ketika kedua-dua kelab itu masih boleh bertembung dalam Liga Juara-Juara.
Di sebalik pemotongan besar dari segi gaji asas, Mbappe akan menerima bayaran tandatangan kontrak dipercayai lebih 100 juta euro (RM519 juta) dan akan meraih 80 peratus daripada perkongsian hak imej terhadap mana-mana perjanjian komersial ditandatanganinya selepas menjadi pemain Madrid.
sumber:- HM
Ia sekali gus memecah tradisi pembahagian 50-50 yang biasa dikenakan kelab itu ke atas pemain baharu.