sukan

Video Akhyar-Safawi pasang ‘pegawai peribadi import’ jadi tumpuan

Akhyar Rasyid dan Safawi Rasid terus menjadi sosok tumpuan peminat Terengganu FC.

Kelab Pantai Timur itu memulakan persiapan musim 2024/25 sejak Khamis lalu dan semakin ramai peminat menyerbu Pusat Latihan TFC di Gong Badak.

Dan gelagat pemain import, Ismahil Akinade, seakan-akan menjadi pegawai peribadi kepada Akhyar-Safawi ketika tiba di gelanggang latihan mencuit hati peminat.

Tiktok milik Muhammadzaim77 semalam berseloroh Akinade cuba melarikan kedua-dua senjata baru skuad Peteh itu daripada kepungan peminat yang mahu mengambil gambar.

sumber:- SA

Ketiga-tiganya merupakan taruhan baru Terengganu bagi menghadapi Liga Malaysia musim depan.