sukan

Muslim Ahmad tidak hanya saja-saja join muay thai

Bekas pertahanan kebangsaan, Muslim Ahmad, bukan sahaja berjinak-jinak dengan muay thai, malah akan turun bertanding.

Dalam satu hantaran T-Fight di Facebook, Muslim dilihat giat menjalani latihan seni mempertahankan diri itu dan akan berlawan dengan pencabar dari Perlis, Atingpek, di Kedah, Sabtu depan.

Bagaimanapun, Muslim, 34, belum mengumumkan hala tuju barunya sejak meninggalkan Sri Pahang FC di penghujung musim 2023.