DUA pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata, dua pemain berkenaan ialah tonggak pertahanan, Arif Fadzilah Abu Bakar dan pemain sayap, Faiz Nasir yang mendapat jolokan ‘Messi Ganu’.
Beliau berkata, Arif Fadzilah hampir pasti dipinjamkan ke Kuching City FC (KCFC) selama satu musim iaitu sehingga tamat Liga Malaysia (Liga M) April tahun depan.
“Kelantan United FC (KUFC) berminat mendapatkan khidmat Faiz Nasir, tetapi masih dalam proses rundingan kerana KCFC juga menaruh minat sama,” katanya ketika ditemui selepas majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman dengan Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT) di Gong Badak hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif KUTT, Ahmad Azhan Suhaili @ Ismail.
sumber:- SH
Sementara itu Ahmad Azhan berkata, syarikatnya berminat menaja TFC kerana pencapaian membanggakan pasukan itu musim lepas. – Bernama
Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More