sukan

TERKINI : Malaysia mara ke Final

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, memastikan Malaysia membawa cabaran ke pentas final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) apabila merakamkan kemenangan ke atas Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dalam aksi keempat sebentar tadi.

Malaysia berjaya mendahului saingan menerusi kemenangan Lee Zii Jia ke atas Kenta Nishimoto dalam aksi peorangan sebelum Malaysia memperoleh kemenangan kedua menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Leong Jun Hao yang turun selaku wakil negara ketiga, terpaksa akur dengan kebangkitan Koki Watanabe yang memberikan mata pertama buat Jepun.

Sze Fei-Izzuddin, yang memastikan kemaraan Malaysia ke separuh akhir ketika mengatasi Singapura sebelum ini, turun dengan misi wajib menang buat kem negara.

Kedua-dua beregu menampilkan permainan yang agresif sejak permulaan permainan, namun wakil negara lebih tenang dalam setiap gerakan sebelum menoktahkan kemenangan 21-15.

sumber:- SA

Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura cuba menghadirkan tentangan dalam set kedua, sehingga memaksa deretan kesilapan daripada wakil negara, namun Sze Fei-Izzuddin terus cemerlang sebelum menoktahkan kemenangan 21-19 untuk mara ke final.