sukan

Liverpool kekal dipuncak selepas berpesta gol

Darwin Nunez meledakkan gol buat Liverpool mengekalkan kedudukan mereka dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-1 di Brentford untuk mendahului puncak dengan kelebihan lima mata.

Usaha keras Nunez berhasil untuk dia membuka jaringan pada separuh masa pertama dan gol selepas rehat daripada Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah yang kembali merancakkan lagi saingan.

Ivan Toney berjaya meraih satu gol buat Brentford tetapi Cody Gakpo meletakkan Liverpool dalam kedudukan selesa apabila meledak gol keempat seterusnya melengkapkan kemenangan buat pelawat.

Kemenangan itu melonjakkan Liverpool kepada 57 mata dengan Manchester City di tangga kedua dan Arsenal di tempat ketiga, yang kedua-duanya boleh mengurangkan defisit masing-masing dengan 52 jika menang lewat pagi ini.

Brentford kekal di tangga ke-14 dengan 25 mata.