sukan

Jepun mula kejar Malaysia

Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao, terpaksa akur dengan kebangkitan wakil Jepun, Koki Watanabe, yang berjaya mengurangkan defisit jurang dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC).

Malaysia berjaya mendahului 2-0 menerusi kemenangan Lee Zii Jia serta gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam aksi terdahulu.
Turun sebagai pemain ketiga, Jun Hao berjaya meneruskan rentak cemerlang Malaysia apabila memenangi set pertama 21-19.

sumber:- SA

Bagaimanapun, Watanabe tekad untuk menghidupkan harapan Jepun apabila bangkit di set kedua dengan kemenangan 21-12.
Dalam set penentuan, Watanabe mengorak langkah di awal permainan dan berjaya mendahului 18-15 sebelum menoktahkan kemenangan 21-19.