sukan

Komen tanpa berselindung Daniel Ting selepas kecundang di separuh akhir AFC

Pertahanan Sabah FC, Daniel Ting, tidak berselindung mereka bergelut untuk memperagakan prestasi sebenar selepas perjalanan mereka dalam Piala AFC berakhir sebentar tadi.

Wakil Liga Malaysia itu mengharungi perlawanan separuh akhir zon ASEAN di Stadium Campbelltown Sports itu setelah dua bulan di luar musim.

Jelas, tempoh rehat yang lama tanpa aksi kompetitif menyukarkan Sang Badak untuk memberi saingan sebelum tumbang 0-3.

“Kebiasaannya apabila bertandang di tempat lawan, kami akan cuba bermain lebih fizikal untuk perlahankan rentak perlawanan.
“Tapi perlawanan di sini bagaikan di tempat sini memandangkan ramai penyokong Sabah yang hadir.

“Adalah normal apabila kedua-dua pasukan mahukan kemenangkan maka akan saling berikan permainan fizikal dan segalanya.

“Jelas sekali adalah sukar untuk beraksi di luar musim, kami tetap jalani persiapan tanpa perlawanan persahabatan. Apa pun ia bukan satu alasan, banyak masa untuk buat persiapan.

sumber:- SA

“Lagipun, kesilapan saya sendiri dalam babak kedua membenarkan gol pihak lawan,” katanya selepas perlawanan.