sukan

Anak jati Kedah sedia menunggu

Bekas pemain Sabah FC, Rizal Ghazali akan terus kekal setia menanti tawaran rasmi dari pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan kemungkinan besar tidak akan sertai mana-mana pasukan selain negeri kelahirannya atas faktor masalah kesihatan ahli keluarganya.

Jelas Rizal, meskipun mendapat beberapa tawaran dari pasukan Liga Malaysia (Liga M) namun dia harus memikirkan semula kerana ia melibatkan orang yang paling rapat dengan dirinya.

“Duduk Kedahlah, orang tua (ayah) pun tak sihat dah. La tunggu Kedah dulu (tawaran rasmi). Sekarang semua masih diam lagi, Sekarang liga pun lambat, banyak team yang ‘hold’ dulu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Untuk rekod, Rizal, 32, sudah menakbur bakti bersama skuad Hijau Kuning hampir tujuh tahun dan mencipta pelbagai kejayaan seperti muncul juara Piala FA pada tahun 2017 dan 2019, Piala Malaysia (2016) sebelum mengubah angin berhijrah ke pasukan dari Borneo, Sabah FC.

Selepas dua musim bersama The Rhinos termasuk berjaya membantu mereka layak ke Piala AFC 2023, anak jati Kedah itu ingin ternyata masih sayang dan bersedia untuk kembali berkhidmat bersama pasukan KDA FC.

sumber:- HM

Terdahulu, Arena Metro melaporkan Rizal mengakui masih dalam perbincangan dengan beberapa pasukan Liga Super yang mahu mendapatkan khidmatnya untuk musim 2024 yang akan membuka tirainya pada Mei depan.