sukan

Khatul pikat hati Pan Gon

Bekas penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar Md Jalil bertekad untuk kembali mempamer prestasi terbaik bagi musim 2024/2025 bagi mendapatkan kepercayaan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Menurut Khatul, dirinya kini sudah bebas dari segala kecederaan dan tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan baharu serta berjanji akan berikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Insya-Allah itu kira harapan semua orang, impikan pergi ke satu peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat kebangsaan. Untuk dapatkan ke peringkat situ, kita mesti bermain dengan baik di dalam liga.

“Impian saya semestinya nak bermain sebanyak perlawanan yang boleh dan harap dapat membantu pasukan dengan prestasi lebih baik untuk musim 2024,” katanya .

Selain itu, penjaga gol berpengalaman itu memaklumkan dirinya hampir pasti akan kembali beraksi dengan pasukan dari Lembah Klang bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2024/2025.

Jelas penjaga gol berusia 27 tahun itu, dia mendapat beberapa tawaran termasuk pasukan dari Pantai Timur namum terpaksa menolak atas sebab tertentu.

“Sekarang saya tunggu tawaran rasmi dan hampir 90 peratus ketika ini berjalan lancar. Cuma tunggu siapkan hitam putih (dokumen perjanjian),” katanya .

Untuk rekod, Khatul pernah menakbur bakti bersama beberapa pasukan antara Kuala Lumpur City, UKM FC dan pasukan terakhir adalah Penang FC.

sumber:- HM

Musim lalu bukanlah sesuatu yang indah apabila dirinya hanya diturunkan dalam dua perlawanan sahaja atas faktor kecederaan sehingga menyukarkan dia untuk mendapatkan kembali posisi penjaga gol nombor satu dalam skuad Harimau Kumbang.