sukan

Kekecewaan Son Heung-min di Piala Asia terubat

Pengendali Tottenham, Ange Postecoglou memuji aksi Son Heung-min yang “bertaraf dunia” selepas bintang Korea Selatan itu menamatkan minggu yang padat dengan mencetuskan inspirasi kepada kemenangan dramatik kelabnya 2-1 menentang Brighton.

Skuad Postecoglou dilihat akan menamatkan saingan dengan keputusan seri selepas perlawanan hanya tinggal beberapa saat sahaja sehingga Son membantu mencetuskan gol lewat perlawanan itu.

Umpanan lintangnya memberikan peluang kepada Brennan Johnson untuk meledak gol pada minit keempat masa kecederaan.

Ia adalah rangsangan buat Heung-min selepas gagal di Piala Asia minggu ini berikutan kekalahan mengejut Korea Selatan di separuh akhir kepada Jordan.

Postecoglou memasukkan Son dan Johnson ketika perlawanan berbaki 28 minit dan kedua-duanya membantu Tottenham mengekalkan cabaran empat teratas mereka apabila gol Pape Sarr pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan selepas Pascal Gross menyempurnakan penalti untuk Brighton mendahului pada minit ke-17.

Memberi penghormatan kepada Son untuk penampilan pentingnya, Postecoglou berkata: “Mungkin negara yang diwakilinya bekerja untuk menentangnya tetapi saya fikir dia pemain bertaraf dunia.

“Anda lihat rekodnya dalam Liga Perdana, liga paling sukar di dunia, sumbangan golnya tanpa mengira bagaimana pasukan itu melalui masa sukar dan dia berada di sana pada masa yang tepat.

“Malah pada tahun ini, sebelum dia pergi, saya rasa dia mungkin penyerang terbaik dalam pertandingan, pendapat saya jelas. Sudah tentu dia akan berada di puncak.

sumber:- HM

Tottenham kini berusaha untuk berada di kedudukan keempat terbaik liga dalam usaha mereka berjuang untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.