sukan

Gergasi EPL mahu beli Mousa Al-Tamari

Kecekapan dan kelicikan penyerang berbisa Jordan Mousa Al-Tamari menambat hati pengurusan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris Liverpool untuk memancing pemain itu.

Ketika ini, pemain terbabit cukup cemerlang membantu Jordan mengharungi kempen Piala Asia hingga berjaya layak ke pentas final di Qatar.

Kelincahan pemain terbabit yang berjaya menyumbat gol penting buat pasukannya berjaya menarik perhatian beberapa pihak yang mula mengikuti rapat untuk memiliki individu terbabit kelak.

Menerusi beberapa laporan daripada media Eropah seperti Anfield Watch, ketua jurulatih The Reds, Jurgen Klopp telah lama memantau situasi Mousa Al-Tamari yang kini beraksi buat kelab Ligue 1, Montpellier FC.

Sungguhpun pengendali kelahiran Jerman itu tidak kekal membimbing pasukan, pihak pengurusan Liverpool sudah pasti mahu mencari pengganti Mohamad Salah yang kemungkinan akan berkelana ke kelab Arab Saudi pada musim depan.

Mohamad Salah menarik minat kelab Arab Saudi yang sanggup menawarkan gaji yang tinggi bagi memancing pemain Mesir itu.

Mousa Al-Tamari berhijrah ke Perancis selepas tiga musim beraksi di Belgium dan menjadi satu-satunya pemain kelahiran Jordan yang menembusi liga ‘top 5’ di Eropah.

sumber:- HM

Dengan nilai pasaran hanya 6 juta Euro (RM30.7 Juta) menurut laman Transfermarkt, kelab-kelab di Eropah sudah pasti memantau prestasi pemain yang sudah terbabit dengan 6 jaringan musim ini di Perancis.