sukan

“Banyak kenangan saya bersama Allahyarham” –Nafuzi

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui banyak ilmu berharga diserapkan melalui nasihat dan dorongan Allahyarham Azraai Khor sejak beraksi bersama skuad Hijau Kuning hingga kini bergelar pengendali pasukan.

Ilmu dikutip daripada tokoh berpengalaman seperti Azraai itu disifatkan begitu bernilai dalam kerjayanya kini dan menjadi pegangan dan panduan dalam mengendalikan pasukan.

“Pemergian Azraai semalam satu kehilangan besar bagi bola sepak negara khususnya dalam bidang kejurulatihan.

“Saya amat sedih dirasai kerana Allahyarham banyak memberi sumbangan dan kemajuan bola sepak negara dan jurulatih tempatan mencipta sejarah dengan kejayaan double treble.

“Banyak kenangan saya bersama Allahyarham bermula sebagai pemain sejak 2007 apabila pasukan merangkul tiga piala dan ini satu penghormatan, serta penghargaan buat Allahyarham Azraai yang sukar dicari ganti,” katanya.

Manakala pengendali Pulau Pinang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menganggap Allahyarham Azrai sebagai antara jurulatih tempatan terbaik yang memiliki ilmu bola sepak yang perlu didalami jurulatih muda pada masa kini.

“Arwah banyak berkongsi ilmu dengan saya dan pemain lain walaupun saya bersama dengan Allahyarham hanya dua musim di Kedah sebelum berhijrah ke Selangor.

sumber:- HM

“Saya sering berhubung dengan Allahyarham untuk meminta pandangan dan nasihat dalam mengendali pasukan dan dua minggu lalu, arwah menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah atas pelantikan sebagai ketua jurulatih Pulau Pinang,” katanya.