sukan

Tiga syarat Mbappe ke Real Madrid

Kylian Mbappe dilapor meletakkan tiga syarat kepada Real Madrid untuk dia menyertai gergasi La Liga itu, termasuk yuran perpindahan sebanyak 105 juta pound (RM630.05 juta).

Minggu lalu bintang Paris Saint-Germain dan Perancis itu dilaporkan bersetuju menyertai juara 14 Eropah, Real Madrid sebaik tamat musim ini.

Bagaimanapun rundingan untuk perpindahan pemain 25 tahun itu ke Madrid masih berlarutan dengan Mbappe meletakkan tiga syarat utama.

Mbappe menuntut gaji 43 juta pound (RM258.02 juta) setahun, melebihi gaji pemain-pemain bintang lain di Madrid.Madrid kendalian Carlo Ancelotti mampu melonjak kembali gergasi Sepanyol itu di pentas Eropah sekiranya Mbappe bersama mereka.

Madrid beranggapan mereka mampu berjimat dengan menanti kontrak Mbappe di Parc des Princes tamat sebelum menandatanganinya, namun syarat diletakkan pemain itu bakal menelan belanja besar.

Mbappe juga dilaporkan mahu mengekalkan peratus hak imej yang biasa dikongsi sama rata antara kelab dan pemain.

sumber:- BH

Biasanya kelab akan mengambil 50 peratus daripada hak imej pemain bintangnya, namun Real Madrid dikatakan bersetuju untuk mengambil hanya 40 peratus manakala selebihnya milik Mbappe. – AGENSI