sukan

Selangor atau JDT jadi pilihan Nooa

Menjelang tiga bulan aksi Liga Super 2024/2025 yang bakal membuka tirainya, pasukan yang menduduki tangga kedua liga super edisi lepas iaitu Selangor FC tampak giat melakukan persiapan rapi untuk memberi tentangan sengit kepada pasukan-pasukan lain.

The Red Giants secara rasminya telah mengumumkan skuad mereka akan diperkuatkan dengan kemunculan pertahanan pertahanan Uzbekistan, penjaga gol tempatan yang berhijrah dari Kuala Lumpur City FC, Azim Al-Amin serta Umarbek Eshmurodov, Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes di bahagian serangan.

Jika sebelum ini fanatik Selangor dikejutkan dengan berita Brendan Gan secara rasminya tinggalkan Selangor kini nampaknya mereka boleh kembali tersenyum gembira jika khabar angin terbaru – Selangor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda yang berpangkalan di Finland, iaitu Nooa Laine.

Masih tiada kesahihan tentang khabar angin ini, namun jika benar ini berlaku khidmat Nooa pastinya ditagih untuk menggantikan Brendan Gan sekaligus memperkuatkan posisi tengah buat The Red Giants.

Melalui hantaran dari laman X, Onefootball.my ini adalah ciapan tersebut, “Pemain kebangsaan yang bakal ke Liga Malaysia kini bermain di luar negara, Nooa Hamzah Laine difahamkan dalam radar Selangor FC untuk musim ini. Jika tiada apa apa halangan, Nooa akan diumumkan oleh Selangor dalam masa terdekat,”.

Sebelum ini Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik JDT pernah memberi bayangan pemain skuad kebangsaan berkenaan akan menyertai skuad kendalian Hector Bidoglio namun khidmat pemain berusia 21 tahun itu tidak ditagih dalam masa terdekat.

sumber:- SA

Namun, segala-segala boleh berubah bergantung kepada perbincangan akhir nanti. Jika diberi pilihan Nooa Laine patut ke Selangor ke JDT?