sukan

AFC mahu MFL tegas

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu lebih bertegas tatkala rentetan isu kewangan yang melanda hampir majoriti pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M), ia perlu diselesaikan tanpa membiarkan perkara itu berlarutan lebih panjang.

Justeru, ramai yang tertanya-tanya bagaimana sebuah pasukan yang berhadapan isu kewangan masih mendapat perlesenan di musim berikutnya.

Untuk Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Jones, setiap peluang yang diberi badan penganjur, Liga Malaysia perlu berakhir dengan solusi yang tidak berpanjangan.

“Mana-mana liga harus bertegas dan tidak memberi lesen. AFC akan memantau pemberian lesen.”Yang pertama sekali, hanya kerana mahu melengkapkan liga, sesuatu liga itu tidak boleh memberikan lesen.

“Yang kedua, tiada masalah jika ada pengurangan kelab sama ada 11 atau 10 (wakil). ia tidak menjadi masalah untuk (penganjuran) liga tempatan,” katanya.

Tegasnya, ia bukan terarah kepada kuantiti pasukan dalam saingan liga, sebaliknya jumlah perlawanan kompetetif adalah keutamaan.

Sekiranya, jumlah pasukan dalam liga berkurang, mungkin solusi menambah jumlah pusingan perlawanan boleh dilabel sebagai pendekatan lebih baik.

sumber:- SA

“Pasukan atau kelab yang tidak dapat memenuhi kriteria pelesenan.”Peraturan AFC, bukan kelab tapi perlawanan. Jadi kami fokuskan jumlah perlawanan dalam liga, bukannya kelab dalam liga itu sendiri,” katanya.