sukan

TERKINI : Pemilik pertama Liga M yang berdepan hukuman penjara

Kedegilan seorang pemilik kelab Liga Malaysia (Liga M) yang masih culas dalam menyelesaikan tunggakan gaji akhirnya berdepan risiko dipenjarakan, sekali gus memberi isyarat dan amaran bahawa mereka tidak kebal.

Difahamkan, mahkamah sudah mengeluarkan arahan memenjarakan individu bergelar VVIP terbabit selepas gagal menyelesaikan tunggakan yang diperintahkan.

Begitupun, mahkamah memberi sedikit kelonggaran dengan membenarkan VVIP itu tempoh sehingga Jumaat ini bagi menyelesaikan baki tunggakan RM1.1 juta itu.

Menurut sumber yang juga sebahagian anggota skuad kelab yang menjadi mangsa itu, pihaknya berharap ia menjadi pengajaran berguna buat pemilik lain agar tidak memandang ringan kes tunggakan gaji ini.

“Kes ini adalah satu-satunya kes tunggakan gaji pemain bola di Malaysia sudah ada keputusan mahkamah. Isyarat ini menunjukkan pemilik kelab boleh didakwa dan dipenjarakan atas kesalahan tidak membayar gaji pemain,” katanya.

Difahamkan VVIP berkenaan diberikan masa sehingga esok dengan syarat perlu menyelesaikan keseluruhan tunggakan babitkan nilai jutaan ringgit.

Jika gagal, individu itu akan dipenjarakan, sekali gus muncul pemilik pertama dalam Liga M yang berdepan hukuman penjara atas kecuaian menyelesaikan gaji pasukan.

Untuk rekod, ketika ini terdapat beberapa pasukan yang cukup ‘liat’ menyelesaikan tunggakan gaji yang sangkut sejak beberapa tahun lalu.

sumber:- HM

Antaranya Melaka United dan Sarawak United yang masih gagal membayar tunggakan pemain musim lalu sehingga kini.