sukan

Komen Son Heung-min selepas tersingkir di tangan Jordan

Son Heung-min memohon maaf dan berkata dia amat kecewa selepas Korea Selatan tersingkir daripada saingan Piala Asia dengan kekalahan 2-0 kepada Jordan.

Korea Selatan mensasarkan untuk memenangi kejohanan itu buat pertama kali sejak tahun 1960 tetapi gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke arah gawang Jordan yang berada 64 anak tangga di bawah mereka dalam ranking dunia.

Bintang Tottenham, Heung-min berkata, pasukannya tampil gugup dan cuba untuk tidak melakukan sebarang kesilapan.

“Amat kecewa dengan keputusan ini. Jordan mengharungi perjalanan menakjubkan di kejohanan ini. Mereka berhak menang, mereka berjuang hingga ke akhir. Bagi kami ia malam yang mengecewakan,” kata Heung-min.

Korea Selatan hampir tersingkir dalam kedua-dua aksi kalah mati sebelum ini tetapi lolos selepas menjaringkan gol penyamaan dalam masa kecederaan.

Kali ini mereka gagal membalas jaringan Yazan Al-Naimant dan Mousa Al-Tamari, dengan skuad kendalian Jurgen Klinsmann dilihat langsung tidak mempunyai peluang.

sumber:- BH

Jordan mara ke final buat pertama kali dan akan berdepan sama ada Iran atau tuan rumah, Qatar untuk penentuan kejuaraan pada Sabtu. – AFP