sukan

Pan Gon ada lebih justifikasi panggil bintang ‘suram’

Dulu mereka adalah bintang dalam skuad bola sepak kebangsaan tapi kini tenggelam kerana kekurangan minit permainan di kelab gergasi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Juster, keputusan JDT melepaskan Safawi Rasid, 26; Akhyar Rashid, 24 dan Syafiq Ahmad, 28, secara pinjaman untuk saingan Liga Malaysia (M) musim ini adalah tepat bagi membantu memulihkan karier mereka sekali gus boleh memberi kebaikan kepada skuad Harimau Malaya dan juga JDT dalam tempoh terdekat.

Ini berikutan, ketiga-tiga pemain terbabit memiliki kelebihan masing-masing iaitu Safawi dengan bisa tendangan padu kaki kirinya, Akhyar cukup licik menggelecek lawan, manakala Syafiq satu ketika adalah penyerang tempatan terbaik.

Pemerhati bola sepak tanah air, Datuk Richard Scully berkata, satu tindakan wajar serta bijak buat pemain terbabit beraksi secara pinjaman kerana ia dapat meningkatkan lagi minit permainan sekali gus membolehkan mereka sentiasa dipanggil ke skuad kebangsaan.

Jelas Richard, dengan kehadiran begitu ramai pemain import di dalam Liga M musim ini, sudah pasti persaingan untuk merebut kesebelasan utama akan menjadi semakin sukar dan jika pemain itu tidak bertindak, mungkin akan menjejaskan karier mereka sendiri.

Maka pilihan mencari pasukan yang boleh memberi atau membantu pemain berkenaan mendapatkan lebih banyak minit permainan, itu sesuatu yang bagus.

“Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon akan ada lebih justifikasi sekiranya memanggil pemain itu ke skuad kebangsaan.

“Mereka ada minit permainan dan sebagainya. Bermakna mereka akan sentiasa ada untuk menyarung jersi kebangsaan. Itu kira susulan dia.

“Pertama mereka main untuk membuat justifikasi yang mereka masih relevan dan nama mereka tidak dilupakan untuk berada di pasaran,” katanya k.

Sebelum ini, terdapat pertikaian daripada peminat bola sepak tempatan apabila ada mempersoalkan pilihan pemain yang dipilih oleh Pan-gon dan mendakwa mereka kekurangan minit permainan sekali gus tidak sesuai untuk berada dalam skuad negara.

Safawi dikhabarkan bakal beraksi dengan TFC, Syafiq bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC manakala Akhyar cuba dipikat sebuah pasukan dari pantai timur.

sumber:- HM

Bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi berhubung kelab yang bakal diwakili pemain terbabit musim ini. Ketika peringkat Kumpulan E Piala Asia baru-baru ini, Safawi dan Akhyar hanya memanaskan bangku simpanan dan diturunkan sebagai pemain gantian, manakala Syafiq tiada dalam skuad ke Qatar.