sukan

MFL turun padang isu Kedah

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan mengadakan pertemuan khusus dengan pihak pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk berbincang serta mengetahui lebih lanjut berkenaan isu tunggakan gaji yang sedang mereka hadapi ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam menyatakan pihaknya sedia maklum berkenaan isu yang sedang dihadapi oleh pemain KDA FC ketika ini dan pihaknya akan bertindak selepas mendapat maklumat lengkap.

“Saya akan adakan pertemuan dengan KDA FC minggu depan mengenai perkara ini (isu tunggakan gaji pemain) untuk mengumpul maklumat secara langsung dari pihak pengurusan.

“Selepas lengkap semuanya saya akan buat kesimpulan dan bagi tahu langkah seterusnya,” katanya.Terdahulu Arena Metro mendedahkan krisis tunggakan gaji membabitkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masih tidak menemui titik penyelesaian, malah situasi semakin mencengkam.

Related Post

Beberapa pemain KDA FC menghubungi Arena Metro bagi meluahkan kemelut dihadapi dengan majoriti mengakui masih tidak menerima baki tunggakan gaji selama empat bulan.

sumber:- HM

Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu, Mohd Daud mengesahkan pasukannya memang mengalami masalah tunggakan gaji membabitkan skuad utama Liga Super serta pasukan bawahan kelab itu.