sukan

Piala Asia: Qatar mara ke separuh akhir dalam aksi penuh debaran

Tuan rumah dan juara bertahan, Qatar mara ke separuh akhir Piala Asia menentang Iran dengan kemenangan 3-2 ke atas Uzbekistan menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1.

Penjaga gol, Meshaal Barsham muncul wira Qatar selepas menyelamatkan tiga sepakan penalti dan Pedro Miguel menyempurnakan sepakan terakhir di hadapan hampir 60,000 penonton di Stadium Al-Bayt.

Qatar juga dua kali gagal menyempurnakan sepakan, dengan percubaan Almahdi Ali tersasar jauh.

Tuan rumah memenangi keempat-empat perlawanan mereka sebelum ini tetapi terpaksa bekerja keras untuk mengatasi Uzbekistan, pasukan yang dijangka mampu melakukan kejutan di kejohanan kali ini.

Qatar membuka jaringan di pertengahan babak pertama apabila kapten Hassan Al-Haydos memaksa jaringan sendiri penjaga gol, Utkir Yusupov.

Uzbekistan bangkit menyamakan kedudukan di babak kedua menerusi Odiljon Hamrobekov.

Lawan Qatar di separuh akhir ialah Iran, yang menewaskan Jepun 2-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

sumber:- HM

Qatar memenangi Piala Asia buat pertama kali pada tahun 2019 dan merakam 11 kemenangan berturut-turut dalam kejohanan ini sebelum aksi suku akhir awal pagi tadi.