sukan

Syafiq Ahmad jadi rebutan pasukan tiga pasukan

Syafiq Ahmad perlu memilih destinasi yang menawarkannya minit permainan untuk musim 2024/25.

Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri dalam rancangan Keluar-Masuk di Astro Arena801 sebentar tadi yang dihoskan oleh Hafizal Ahmad sambil ditemani berkata penyerang berusia 28 tahun itu harus menentukan hala tuju kariernya dengan tepat apabila dikhabarkan menarik minit trio utara, Penang FC, Kedah Darul Aman dan Perak FC.

Begitupun, masalah kewangan juga bakal memainkan peranan selepas dia tidak menyambung kontrak di Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Masalah gaji memang penting tapi apa yang lebih penting ialah perancangan jurulatih,” katanya.

sumber:- SA

Sang Seladang antara yang rancak memperkuatkan barisan dan terbaru, mengikat penjaga gol, Ramadhan Hamid dan bekas pemain Kelantan United, Ariff Ar-Rasyid Ariffin.