Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara bakal sibuk dalam tempoh terdekat ini apabila dijangka menyertai perlawanan empat penjuru yang akan berlangsung di Indonesia.
Perlawanan yang bakal berlangsung pertengahan Mac itu bukanlah berstatus ‘cap ayam’ kerana dikhabarkan mungkin disertai skuad B-23 Arab Saudi dan Tajikistan selain penyertaan daripada tuan rumah.
Pengurus skuad B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pasukan muda negara sememangnya akan menyertai perlawanan terbabit namun perlu menunggu pengesahan daripada penganjur terlebih dahulu.
“Memang kita mahu menyertai pertandingan empat penjuru itu dalam usaha menyiapkan pasukan untuk mengharungi kempen Asia B-23 di Qatar, April depan.
“Difahamkan Tajikistan dan Arab Saudi jugak dijemput tapi belum ada perkhabaraan yang sah. Kita masih menunggu perkembangan dari pihak penganjur.
“Persiapan rapi perlu dilaksanakan memandangkan lawan kita nanti bukanlah biasa-biasa namun terdiri daripada pasukan berpengalaman dan hebat di rantau Asia,”katanya, ketika dihubungi Arena Metro.
Mengikut rekod, skuad B-23 negara berjaya menempah slot ke Piala Asia B-23 di Doha, Qatar pada tahun hadapan selepas muncul empat pasukan naib juara kumpulan terbaik dalam aksi kelayakan.
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan harapan untuk melihat skuad Harimau Muda yang diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait mara sehingga ke separuh akhir.
Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, bagi memastikan harapan itu mampu dicapai, pihaknya akan berusaha keras menyediakan pasukan termasuk menghantar skuad Harimau Muda itu mengharungi beberapa aksi persahabatan berkualiti di luar negara.
Jelas Hamidin, sasaran ke separuh akhir itu bukan saja menempatkan pasukan selaku empat pasukan terbaik, malah berpeluang merebut tiket ke Sukan Olimpik Paris pada Julai ini, di mana tiga pasukan terbaik automatik mewakili Asia.
sumber:- HM
Manakala satu lagi pasukan akan mengharungi saingan playoff menentang Guinea dari benua Afrika.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More