sukan

Apabila Legenda jumpa Legenda

Dari seorang legenda kepada legenda, bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali, mendapat peluang secara eksklusif untuk bertemu David Beckham di ibu kota semalam.

Beckham, yang datang ke Malaysia bagi majlis jenama pakaian ternama, sempat berkongsikan masa untuk bertemu peminat di Kuala Lumpur.

Tidak ketinggalan, Safee turut mendapatkan peluang secara eksklusif untuk bertemu Beckham sekaligus mendapatkan tanda tangan bekas pemenang treble bersama Manchester United itu.

Terdahulu Bekas bintang bola sepak Inggeris David Beckham meluangkan masa bersama pemain bola sepak wanita negara dalam Program Bolasepak Wanita Malaysia (AMGFP) di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara, semalam.

Kelibat bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu sudah pastinya dinantikan penyokong bola sepak tanah air yang tidak sabar mahu melihat bintang terkenal dunia itu secara dekat.

Beckham yang kini sudah mencecah usia 49 tahun turut memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada pemain bola sepak wanita dalam usaha meningkatkan motivasi mereka pada masa akan datang.

sumber:- SA

Program dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) itu turut mahu memastikan kualiti dan imej bola sepak wanita di negara ini terus meningkat sekali gus mampu memberi saingan sengit di peringkat antarabangsa.